Wednesday, 19 June 2013

PERJUMPAAN DENGAN YB DR DAROYAH EXCO SELANGOR









Dewan Perniagaan India Klang,Selangor [DPIK] telah mengadakan perbincangan kerjasama dengan YB Dr Daroyah Exco Pembangunan Keusahawanan Negeri Selangor di pejabatnya pada 17hb Jun 2013. Delegasi DPIK di ketuai oleh En M Shanmugan, Presiden memohon agar YB Dr Daroyah memberi pertimbangan terhadap 8 pelan tindakan yang dikemukakan melalui memorandum.

Kandungan usaha memorandum itu meminta suatu usaha menyeluruh oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor amat diperlukan terutamanya dalam pembangunan Ekonomi masyarakat India. Maka, Dewan Perniagaan India Klang Selangor memohon kerjasama YB Dr. Daroyah Alwi selaku Exco Pembangunan Usahawan merangkap ADUN Semesta dari daerah Klang, Selangor untuk :

1.  MEWUJUDKAN PERBADANAN PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI
 a. Mewujudkan Perbadanan Pembangunan Usahawan [PPU] seakan Perbadanan Usahawan Nasional    
     Berhad seperti mana terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor 2013.
 b. PPU harus memberi peluang kepada seluruh rakyat Selangor termasuk peruntukan kewangan serta   
     program-program yang dirancang
 c.  Lembaga Pengarah serta seluruh peringkat pengurusan PPU harus mengandungi wakil masyarakat India.

2.  MEMBUKA 10% PELUANG PERNIAGAAN SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI   SELANGOR & SEMUA AGENSI KERAJAAN NEGERI

Sejajar dengan usaha murni YAB Dato Menteri Besar Selangor “ Hasil Negeri Untuk Rakyat” kami memohon agar Kerajaan Negeri Selangor membuka sekurang-kurangnya 10% peluang perniagaan di syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri serta semua agensi Kerajaan Negeri secara langsung kepada peniaga masyarakat India bukan melalui wakil tengah.

3. SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR MELATIH & MENGUJUDKAN USAHAWAN INDIA

Syarikat- syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Berhad, Kumpulan Darul Eshan Berhad, Menteri Besar Incorporated, Kumpulan Semesta Sdn Bhd perlu membuka peluang untuk melatih Usahawan dikalangan masyarakat India Selangor sejajar dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat

4. MENJALANKAN KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP USAHAWAN INDIA SELANGOR OLEH UNIVERSITI

Kami memohon agar Kerajaan Selangor untuk menjalankan kajian- kajian saintifik akan terhadap usahawan India termasuk cara-cara mereka menceburi keusahawanan, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat serta agensi-agensi Kerajaan dan lain-lain isu berkaitan. DPIK sentiasa sedia untuk membantu dalam menjalankan kajian saintifik ini.

5.       BERKERJASAMA DENGAN DEWAN PERNIAGAAN INDIA KLANG, SELANGOR

Pihak DPIK memohon kerjasama YB Dr. Daroyah selaku Exco Usahawan supaya melibatkan Dewan Perniagaan India Klang, Selangor dalam segala perbincangan berkaitan dengan polisi serta perlaksanaan program-program pembangunan Usahawan India di lembah Klang.

6.  MENGADAKAN KARNIVAL USAHAWAN INDIA SELANGOR  TAHUN 2014

Pihak DPIK memohon Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan Karnival Usahawan India Selangor pada bulan March atau April 2014 dalam usaha menengahkan keusahawanan kecil. Kami, DPIK bersedia memainkan peranan utama dalam penganjuran Karnival ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.

7.    MEWUJUDKAN RUANG PAMERAN BARANGAN KELUARAN INDUSTRI KECIL &    SEDERHANA SELANGOR

DPIK mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan ruang pameran barangan keluaran Industri Kecil & Sederhana Selangor di bangunan Shah Alam Convention Centre (SACC) serta bangunan utama Majlis tempatan agar orang ramai dapat mengenali produk tempatan.

8. MEWUJUDKAN JAWATANKUASA KEMAJUAN USAHAWAN INDIA DI PERINGKAT MAJLIS TEMPATAN

Dewan Perniagaan India Klang, Selangor mencadangkan agar suatu jawatankuasa kemajuan usahawan India diwujudkan di Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai permulaan agar keluhan dan pandangan peniaga- peniaga kecil dapat didengar dan diselesaikan dengan kadar pantas.Jawatankuasa ini harus dianggotai oleh persatuan-persatuan perniagaan di kawasan majlis tersebut, pengarah –pengarah Majlis dan dipengerusikan oleh Ahli Majlis India. 

0 comments :

Post a Comment